Jumaat, 4 November 2011

MAJLIS KONVOKESYEN TADIKA YAYASAN ISLAM TERENGGANU 2011


Kuala Terengganu 03/11/2011 - Majlis Konvokesyen Dan Persembahan Bakat Kanak-kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu tahun 2011, Cawangan Permint Jaya, Padang Hiliran dan Marang berlangsung di Dewan Besar Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu.  Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Che Mat bin Jusoh, Pegawai Pembangunan DUN Batu Burok.

Peningkatan budaya membaca serta sukatan pembelajaran yang lebih terancang, maka Tadika Yayasan Islam Negeri Terengganu merupakan Tadika yang berpotensi serta diiktiraf yang terbaik di negara ini. Selain daripada penyampaian sijil dan hadiah, acara persembahan bakat kanak-kanak tadika juga dipertontonkan dimajlis yang dianjurkan.

Pelajar-pelajar tadika yang menerima sijil dan hadiah dibahagiankan kepada beberapa kategori iaitu Pelajar Terbaik 6 Tahun, Pelajar Terbaik 5 Tahun, Hafazan Yasin dan terjemahan, Hafazan Yasin sahaja. Kategori Pelajar Terbaik adalah berdasarkan perkembangan bahasa & komunikasi, Perkembangan Kognitif, Perkembangan Sosial Emosi, Perkembangan Fizikal, Kerohanian & Moral serta Bidang Pengalaman & Ketatanegaraan.



Namun begitu ada juga perkara yang perlu diambil perhatian serious oleh pihak Yayasan Islam Terengganu mengenai tempat dimana majlis tersebut diadakan adalah tidak bersesuaian. Ini memandangkan kepadatan para ibu/bapa dan anak-anak membuatkan dewan tersebut penuh sesak, dimana beberapa orang ibu/bapa yang ditemui menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keadaan tempat yang begitu sempit.



Selain daripada itu, malang sekali, ramai ibu/bapa apabila selesai majlis diadakan, kenderaan mereka telah disaman oleh pihak berkuasa bandaraya. Sedangkan sebelum daripada ini, setiap ibu bapa yang memilik kenderaan telah diberikan sekeping kertas oleh pihak sekolah untuk 'parking' kenderaan dikawasan berdekatan, tetapi tidak diindahkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...