Isnin, 14 November 2011

BANTUAN DANA REMAJA 2011 DUN RHU RENDANG


RHU RENDANG 14 NOV 2011 - Semakan serta rayuan yang diterima daripada penerima Bantuan Dana Remaja Dun Rhu Rendang, mengakhiri bantuan yang diagih-agihkan kepada remaja pada tahun 2011.  Pengagihan bantuan tersebut berlangsung di Dewan Gemilang JKKK Sungai Kerak 2, Marang, Terengganu.


Seramai 255 orang remaja menerima bantuan tersebut yang telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang - Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, yang melibatkan wang tunai berjumlah RM76,500.00.  Turut hadir Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK Sg. Kerak 2, Ketua Pemuda DUN Rhu Rendang serta petugas-petugas APMT Daerah Marang.

Penerima bantuan mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Nik Dir serta Kerajaan Negeri diatas keprihatinan terhadap masyarakat kawasan DUN Rhu Rendang.


Untuk paparan selanjutnya sila layari: 
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1600865879584.48178.1774176990&type=3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...