Khamis, 17 November 2011

MAJLIS KONVOKESYEN TABIKA KEMAS 2011 DUN RHU RENDANG



DUN Rhu Rendang 17/11/2011 - Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika Kemas 2011 DUN Rhu Rendang, Daerah Marang telah diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Marang pada hari ini.  Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Berbagai persembahan telah diadakan termasuk Bacaan Al-Quran Kanak-Kanak, Penyampaian Hadiah Kanak-Kanak Cemerlang, Penyampaian Sijil Khatam Al-Quran, Persembahan Silat, Nasyid.


Turut hadir dimajlis tersebut Tim. Pengarah 1, KEMAS Negeri Terengganu, Pemangku Pegawai KEMAS Daerah Marang, guru-guru dan ibu/bapa yang mengiringi anak masing-masing.


Dalam ucapan ringkas Tim. Pengarah 1 KEMAS menyarankan agar ibu/bapa mengambil berat tentang anak-anaknya semasa berada di Tabika dengan mengadakan lawatan bertujuan untuk melihat sendiri perkembangan prestasi pembelajaran anak-anak, selain daripada menyediakan menu permakanan yang yang sihat diseluruh Tabika KEMAS Daerah Marang.



Di seluruh Daerah Marang terdapat 115 buah Tabika KEMAS, dimana beberapa buah lagi Tabika akan dibuka menjelang tahun 2012, selain daripada mengadakan kelas tambahan 2 kali seminggu, bagi kanak-kanak yang benar-benar kurang mahir didalam pembelajaran yang telah disediakan oleh guru.


Paparan selanjutnya layari di:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.111566848957390.15749.100003122271553&type=3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...