Selasa, 15 November 2011

BANTUAN RM100 KEPADA PELAJAR-PELAJAR TAHUN 1 - 6 SEK. KEB. RUSILA, MARANG



Marang 15/11/2011 - Pengagihan Bantuan Kerajaan berupa wang tunai berjumlah RM100 kepada pelajar-pelajar sekolah Kebangsaan dan Menengah dari tahun 1 hingga tahun 6, telahpun bermula sejak beberapa hari yang lalu. Bagi Sekolah Kebangsaan Rusila, pengagihan bermula pada hari ini mulai jam 11.30 pagi yang disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Seramai 680 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Marang menerima bantuan yang diberikan oleh Kerajaan berjumlah RM68,000 bagi membantu keluarga pelajar-pelajar untuk membeli peralatan persekolahan menjelang alam persekolahan Tahun 2012 yang mendatang. Turut hadir Guru Besar Tuan Haji Abd. Razak Ahmad serta guru-guru sekolah tersebut.





Paparan selanjutnya sila layari:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...