Isnin, 21 November 2011

LAWATAN PPD RHU RENDANG - WARGA EMAS DAN PESAKIT KRONIK


Pulau Kerengga 20/11/2011 - Demi keprihatinan Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama-sama Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang dan Ketua Pemuda/Wanita UMNO Rhu Rendang serta rombongan telah mengadakan lawatan ke beberapa buah rumah Warga Emas dan pesakit kronik dikawasan Pulau Kerengga dan Kg. Kijing, Marang, Terengganu.

Dalam lawatan tersebut sumbangan berbentuk wang tunai serta barangan keperluan harian turut dihulur kepada penerima demi meringankan beban yang ditanggung selain daripada bantuan menukar beberapa bahagian zing rumah yang telah uzur serta bocor.

Diantara warga emas serta pesakit kronik yang dikunjungi adalah:

Pertama: Puan Fatimah Muda, 57 tahun beralamat Lot. 436-B, Kg. Kijing, Marang, Terengganu yang mengidap sakit kencing manis, jantung serta darah tinggi sejak beberapa tahun.


Kedua: Puan Kelesom binti Mamat, 77 tahun, Batu 18, Kg. Pulau Kerengga, Marang, Terengganu seorang warga emas dan tinggal bersama-sama seorang anak lelakinya.


Ketiga: Minah binti Ali, 72 tahun, KM 29, Kg. Pulau Kerengga, Marang, Terengganu juga seorang warga emas yang tinggal bersama-sama cucunya. Mengidap penyakit kencing manis dan tidak mampu untuk bergerak seperti biasa akibat kakinya yang hampir lumpur.


Keempat:  Tuan Haji Arifin bin Ali, 71 tahun, beralamat Kg. Pulau Kerengga, Marang, Terengganu.  Seorang warga emas dan mengidap sakit tua dan kurang pendengaran.


Kelima:  Puan Midah binti Abdullah, 77 tahun, beralamat Kg. Pulau Kerengga, Marang, Terengganu seorang warga emas dan tinggal bersama anak perempuannya. Rumah yang agak usang serta bumbung rumah yang sudah uzur. PPD Rhu Rendang telah berjanji untuk menukar keseluruhan atap yang bocor dengan kadar segera, dimana musim tengkujuh hampir tiba.

 

Untuk paparan selanjutnya sila layari:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.114255725355169.19111.100003122271553&type=1
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.114259548688120.19121.100003122271553&type=1
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.114262455354496.19129.100003122271553&type=1
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.114267885353953.19145.100003122271553&type=1
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.114253558688719.19109.100003122271553&type=1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...