Selasa, 8 November 2011

AADK Daerah Marang anjur pertandingan bowling


Bertemakan “1 Jiwa 1 Hati Bersama Komuniti Bersih Tanpa Dadah”, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Marang (AADK) menganjurkan pertandingan bowling, baru-baru ini.

Pertandingan itu melibatkan 50 peserta yang terdiri daripada orang kena pengawasan (OKP) Daerah Marang dan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Marang.

Program tersebut yang dijalankan di Pusat Bowling Terengganu Equesterian Resort (TER), bertujuan merapatkan hubungan antara OKP daerah Marang dan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Marang dan memastikan gejala penyalahgunaan dadah di daerah itu dapat dibendung.


Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Penolong Pegawai Pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Marang, Encik Norizuan Ngarif.

Program itu berjaya menyuntik semangat dan rasa dihargai di kalangan OKP dari AADK Daerah Marang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...