Jumaat, 31 Ogos 2012

Ranggok Merdeka Daerah Marang mencatat sejarah



Rhu Rendang 30/08/2012 - Pasukan Ranggok Daerah Marang, tidak ketinggalan bersama-sama menyambut Ambang Kemerdekaan yang ke 55 tahun dengan mengadakan road-show ke seluruh Daerah Marang bermula selepas sembahyang Asar di Alor Limbat, Pasukan Ranggok Merdeka yang diketuai oleh YBhg Datuk Razali Idris telah dilepaskan oleh YB Alias dan menuju ke Bukit Payong. 

Sejumlah 100 buah kenderaan pacuan empat roda mengambil bahagian didalam program yang diatur sempena ambang kemerdekaan.

Setibanya di Bukit Payong, Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu En. Mohd Nor pula melepaskan Pasukan Ranggok Merdeka menuju ke Pengadang Baru dimana En. Zaidi Muda selaku Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong pula melepaskan pasukan tersebut menuju ke Wakaf Tapai/Pengkalan Berangan.

Daripada Pengakalan Berangan Pasukan Ranggok Merdeka berlepas menghala ke DUN Rhu Rendang mengikuti Pengkalan Berangan/Jalan Gong Beris dan berhenti sebentar di Pantai Peranginan Kelulut.


Sebagai simboliknya Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir pula telah menandatangani pada bendera Malaysia yang dibawa oleh Ketua Pasukan dan seterusnya melepaskan Ranggok Merdeka menuju ke Masjid Rusila, Marang dan berhenti untuk bersembahyang Maghrib bersama-sama Jemaah Masjid Rusila termasuk YB Dato Seri Haji Hadi Awang.


Selepas menunaikan sembahyang Maghrib, pelepasan dari Masjid Rusila pula telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Haji Hadi Awang,  dimana pasukan terus menuju ke Kuala Terengganu untuk bersama-sama menyambut ambang merdeka yang ke 55 tahun.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...