Ahad, 5 Ogos 2012

PEMIMPIN BERSAMA NGO TURUN PADANG MENJELANG SYAWAL


Marang 04/08/2012 - Program Pemimpin Bersama PROSBOC (Proton Saga BLM Owners Club) anjuran bersama JKKK Kg. Baru Rhu Muda, Marang telah diadakan pada hari ini bermula jam 3.45 petang.

Diantara aturcara program adalah mengadakan lawatan ke rumah pesakit-pesakit kronik dan warga emas yang disertai oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Turut hadir YBhg. Datuk Razali Idris, Pengerusi JKKK DUN Rhu Rendang.

Seramai 20 orang penerima sumbangan daripada PROSBOC berbentuk barang-barang keperluan dan juga bantuan wang tunai daripada Tuan Haji Nik Dir. 

Disebelah petangnya pula diadakan Majlis Berbuka Puasa di Surau Kg. Baru Rhu Muda yang dihadiri lebih kurang 200 orang penduduk dipersekitaran bagi meraikan ahli PROSBOC yang sudi menjayakan program yang diadakan pada setiap tahun.
 
 

Menurut Pengerusi JKKK Kg. Baru Rhu Muda panggilan Pok Man, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Nik Dir dan ahli-ahli PROSBOC Negeri Terengganu yang sudi berkunjung ke tempat beliau berserta dengan sumbangan yang dihulurkan kepada penerima-penerima bantuan.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...