Rabu, 8 Ogos 2012

Pembahagian bungkusan Kurma Dan Air Zam Zam


Rhu Rendang 07/08/2012 - Selepas pembahagian dana hari raya di Dewan MDM, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bersama-sama Pengerusi JKKK Rhu Rendang Pantai dan AJK nya telah mengadakan kunjungan rumah kerumah di perumahan kos rendah Kg. Rhu Rendang Pantai bagi mengagih-agihkan bungkusan kurma dan air zam zam pemberian daripada Menteri Besar Terengganu.

Dalam keadaan cuaca panas terik berlebih-lebih lagi di bulan Ramadan, Tuan Haji Nik Dir bersama-sama JKKK kampong tersebut sanggup berjalan kaki mengunjungi rumah ke rumah demi melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh MB Terengganu.

Pengagihan bungkusan daripada MB Terengganu telah diadakan pada setiap tahun di seluruh JKKK Dun Rhu Rendang bagi keprihatinan MB Terengganu kepada masyarakat di seluruh Negeri Terengganu sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Masyarakat yang menerima bungkusan mengucapkan rasa syukur kepada Illahi kerana mendapat pemimpin yang berjiwa rakyat seperti Dato Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dan juga Tuan Haji Nik Dir sebagai Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...