Rabu, 15 Ogos 2012

Bantuan Dana Hari Raya 2012 fasa terakhir DUN Rhu Rendang


Rhu Rendang 14/08/2012 - Pengagihan Dana Hari Raya 2012 bagi DUN Rhu Rendang peringkat terakhir berlangsung pada hari ini bermula jam 10.00 pagi di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.

Seramai 1,193 orang penerima bantuan dana tersebut meliputi Kg. Batangan, Kg. Darat Pak Chan, Kg. Seberang Marang dan Kg. Baru Rhu Muda. Bantuan diagihkan mengikut ketegori yang ditetapkan RM200 dan RM300.

Pergunakanlah sebaik mungkin dana yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk keluarga berlebih-lebih lagi dengan tibanya hari lebaran yang tidak beberapa hari lagi.

 

Beberapa orang penerima bantuan yang ditemui berasa amat syukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar Terengganu dan juga Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku yang telah menepati janji 'rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan' khasnya bagi masyarakat DUN Rhu Rendang.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...