Jumaat, 5 Oktober 2012

PROGRAM GERAK JALINAN RAKYAT DUN RHU RENDANG


Rhu Rendang 04/10/2012 - Program Gerak Jalinan Rakyat DUN Rhu Rendang berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang pada hari ini bermula jam 2.30 petang. Perasmian program telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Turut hadir Tuan Haji Abdul Latif Awang, Penolong Pengarah APMT Negeri Terengganu (Penceramah 1) dan Tuan Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah UKOM Negeri Terengganu (Penceramah 2), En. Anuar Yahya, Pengerusi APMT Daerah Marang. Kedua-dua penceramah dijemput hadir untuk memberikan ceramah serta motivasi kepada peserta-peserta yang hadir seramai 200 orang dari Pergerakan Wanita DUN Rhu Rendang.

Dalam ucapan ringkas Tuan Haji Nik Dir mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kepimpinan Wanita ketiga-tiga sayap yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam apa jua aktiviti yang dilaksanakan. 


Perjuangan wanita diseluruh negara berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir demi memberi kemenangan keatas gagasan Barisan Nasional dapat memerintah negara sehingga ke hari ini.

Pemimpin Barisan Nasional sangat-sangat terhutang budi dan menyanjung tinggi perjuangan wanita dalam memertabatkan keharmonian dan menjulang BN keperingkat yang disenangi oleh semua gulungan masyarakat majmuk di negara ini.


Sehingga ke hari ini Rhu Rendang bak diumpamakan sepohon pokok yang rendang tetapi tidak berbuah. Sudah enam kali pilihanraya namun tetap kecundang kepada parti pembangkang yang tidak memberi apa-apa kemajuan kepada DUN Rhu Rendang, berlebih-lebih lagi Daerah Marang.

Beliau berdoa agar pilihanraya ke 13 dapat menghasilkan serta melakukan perubahan dan bercita-cita untuk menawan kembali Dun Rhu Rendang, termasuk Parlimen Marang. Insyallah.

Selesai ucapan ringkas daripada Tuan Haji Nik Dir, program diteruskan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh kedua-dua penceramah yang banyak pengalaman untuk memberikan panduan dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...