Selasa, 30 Oktober 2012

PERMUAFAKATAN KECEMERLANGAN SPM & STPM DAERAH MARANG 2012


Marang 29/10/2012 - Majlis Permaufakatan Kecemerlangan SPM & STPM Daerah Marang anjuran Jabatan Pendidikan Daerah Marang berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Hj. Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.

Turut hadir YB En. Alias Abdullah (Adun Alor Limbat), Tuan Hj. Abdul Rahman, Pegawai Daerah Marang, Tim. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku (Peg. Pembangunan DUN Rhu Rendang), Ketua-Ketua Jabatan.

Rasional program adalah bertunjangkan semangat 'Menterbilangkan Pendidikan Negeri Terengganu', maka kepentingan kecemerlangan akademik kepada pelanggan pendidikan telah mendasari fokus. Pejabat Pelajaran Daerah Marang khususnya dengan Jabatan Pelajaran Negeri  Terengganu amnya sejak sekian lama.

Sumber tenaga manusia yang berkualiti akan menjelma daripada kecemerlangan dalam semua bidang yang merangkumi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Dalam ucapan ringkas Menteri Besar Terengganu berharap tahap pendidikan pelajar dalam daerah Marang akan terus meningkat daripada hasil usaha 3,000 guru dalam daerah Marang jika dapat mainkan peranan dengan betul.


Beliau berkata, Kerajaan Negeri Terengganu amat fokus dan menitikberatkan pelajaran anak-anak dan ia terbukti apabila setiap bajet dibentangkan satu jumlah yang besar di peruntukkan bagi sektor pendidikan.

“Kerajaan negeri banyak menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada pelajar-pelajar termasuklah e-book dan biasiswa serta bantuan permulaan kepada calon-calon yang dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA, IPTS dan sekolah berasrama penuh,” katanya.

Beliau berharap Ibu bapa dan para pelajar dapat bersyukur kepada Allah s.w.t dan berterima kasih kepada kerajaan negeri atas pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan.

Walaupun kehadiran ibu/bapa adalah amat mendukacitakan, namun beliau berharap anak-anak dapat menyampaikan serta menterjemahkannya kepada ibu/bapa hasrat Kerajaan Negeri untuk melihat pelajar-pelajar terus maju dan mencapai kecemerlangan didalam semua bidang pelajaran keperingkat tertinggi.

Bantuan keperluan akan terus disalurkan jika Kerajaan Barisan Nasional terus memerintah, berlebih-lebih lagi di Negeri Terengganu dan memberikan kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...