Sabtu, 20 Oktober 2012

PROGRAM BERSAMA PEMIMPIN DUN RHU RENDANG


Rhu Rendang - Program Bersama Pemimpin yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang telah diadakan pada 17/10/2012 jam 9.00 pagi di Pusat Harian OKU, Sungai Kerak, Marang, Terengganu.

Program yang diadakan adalah sempena Pengagihan Bantuan Bulanan JKM Daerah Marang bagi bulan  Oktober, 2012 bagi buat pertama kalinya diadakan di pusat tersebut. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Seramai lebih kurang 1,800 orang penerima bantuan bulanan termasuk OKU, Warga Emas, Ibu Tunggal dan sebagainya.


Program seumpama ini diadakan pada setiap bulan bagi memenuhi saranan pucuk pimpinan membantu mereka-mereka yang kurang berkemampuan.

Untuk paparan selanjutnya sila KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...