Isnin, 30 September 2013

UMNO TERENGGANU PERLU CONTOHI UMNO KELANTAN ???

Terutama UMNO Bahagian Marang dimana terdapat terlalu banyak kepincangan-kepincangan yang telah berlaku dan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi dalam bahagian. KLIK SINI

Persoalannya apabila protes dibuat mengikut saluran tertentu telah ditolak begitu saja tanpa diberi sebarang alasan kepada pemprotes.

Ini menunjukkan adanya pihak-pihak tertentu dibahagian yang dilantik menutup atau menolak tanpa sebarang rujukan dibuat ke pihak yang lebih tinggi.

Keahlian 2 ketua bahagian di Kelantan digantung

KOTA BHARU 28 Sept. - Dua Ketua Bahagian UMNO dan seorang individu lagi digantung keahlian oleh Lembaga Disiplin selepas didapati bersalah melanggar peraturan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Mereka yang terlibat ialah Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin yang digantung selama satu penggal; Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Fauzi Ismail (tiga penggal) dan Wan Nazli Wan Nawang dari Kubang Kerian (dua penggal).

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar berkata, hukuman penggantungan itu berkuat kuasa bermula 23 Ogos lalu.

"Kita baru menerima surat daripada ibu pejabat UMNO mengenai perkara ini. Bagi Dali, keputusan rayuannya telah diterima, hukumannya dikurangkan daripada dua penggal kepada satu penggal manakala rayuan Fauzi ditolak dan hukumannya dikekalkan tiga penggal.

"Ketiga-tiga mereka hilang kelayakan untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan dalam parti mengikut fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO," katanya.

Noor Zahidi berkata, pihaknya menerima borang pencalonan daripada Fauzi dan Dali untuk mempertahankan jawatan masing-masing.

"Sesiapa sahaja yang menghantar borang pencalonan kita akan terima bagaimanapun UMNO Pusat akan menolaknya secara automatik sekiranya mereka telah dikenakan tindakan disiplin atau didapati muflis.

"Pada masa sekarang jawatan Ketua Bahagian UMNO di Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa dipangku oleh timbalan masing-masing sehingga pemilihan pada 19 Oktober ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...