Rabu, 25 September 2013

Empat peniaga Pasar Marang dikompaun

MARANG – Seramai empat peniaga di Pasar Marang dikenakan kompaun RM100 setiap seorang oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuala Terengganu kerana gagal meletakkan tanda harga pada barangan dijual.

Pengarah PPDNKK Kuala Terengganu, Syamsul Badrin Mohsin berkata, pemeriksaan secara berterusan juga akan dijalankan bagi memastikan peniaga di negeri ini mempamerkan tanda harga dan menggunakan alat penimbang yang telah disahkan.

“Kita telah mengadakan operasi di Pasar Marang dan pemeriksaan seperti ini akan diadakan secara berterusan untuk memastikan setiap peniaga dapat mematuhi arahan.


“Peniaga di negeri ini juga diingatkan supaya menggunakan alat penimbang yang disahkan bagi mengelak mereka dikenakan tindakan tegas serta merta termasuk dikenakan kompaun,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap peniaga dapat mematuhi peraturan itu kerana ia bukan hanya bagi mengelak mereka dikenakan tindakan, malah dapat memberi manfaat kepada pengguna.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai peniaga yang tidak mempamerkan harga barang dan dipercayai cuba menipu boleh membuat aduan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

Sumber:sinarharian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...