Khamis, 21 Jun 2012

Pemimpin Bersama Masyarakat DUN Rhu Rendang

Rhu Rendang 20/06/2012 - Program Pemimpin Bersama Masyarakat anjuran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang telah diadakan di Dewan Utama MDM bermula jam 9.00 pagi. Program diadakan sempena bantuan JKM Daerah Marang bagi bulan Julai 2012 kepada 1,669 orang penerima bagi DUN Rhu Rendang dengan jumlah pembayaran RM406,850.00.

Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, yang turut dihadiri Penghulu Mukim Pulau Kerengga dan pegawai JKM Daerah Marang.

Menurut Tuan Haji Nik Dir, bantuan dibahagikan kepada beberapa kategori seperti Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Orang Tua (BOT), Elaun Pekerja Cacat (EPC), Bantuan OKU Terlantar & Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Bantuan Am (BA), Elaun Latihan Perantgis (ELB) dan Bantuan Anak Pelihara.

Selain daripada itu, penambahan penerima bantuan semakin bertambah dari tahun ke tahun terutama kawasan DUN Rhu Rendang. Pihak kerajaan tetap mengambil berat mengenai perkara ini dan akan terus memantau dari masa kesemasa masalah yang dihadapi oleh masyarakat dikawasan ini.



Pengabaian ADUN Rhu Rendang sejak 30 tahun untuk mengatasi serta mengambil berat permasalahan masyarakat DUN Rhu Rendang, menambahkan lagi tekad beliau untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat, sebagaimana yang telah diamanahkan oleh Kerajaan Negeri.



Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI SEGERA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...