Khamis, 14 Jun 2012

Pekerja swasta bersara wajib 60 tahun

KUALA LUMPUR 13 Jun - Pekerja sektor swasta hanya boleh bersara wajib setelah mencapai umur 60 tahun iaitu yang ditetapkan sebagai umur persaraan minimum apabila Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 berkuat kuasa.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam ketika membacakan rang undang-undang buat pertama kali berkata, majikan juga tidak boleh membersarakan secara pramasa seseorang pekerja yang belum mencapai umur persaraan minimum.

Bagaimanapun katanya, seseorang pekerja itu boleh bersara apabila mencapai umur persaraan pilihan yang telah dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif tetapi jika itu pilihannya, kontrak yang ditandatangani sebelum ini terbatal.

"Rang undang-undang ini turut memperincikan bahawa pekerja yang dibersarakan secara pramasa boleh mengadu secara bertulis kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja dalam tempoh 60 hari dari tarikh persaraan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...