Sabtu, 16 Jun 2012

LAWATAN DAN BANTUAN MANGSA KEBAKARAN DI KG. DARAT PAK CHAN

Rhu Rendang 16/06/2012 - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku melawat mangsa kebakaran En. Dzu bin Muda, 42 tahun, alamat Bersebelah Dewan Sivik, Kampung Darat Pak Chan, Marang, pagi ini dan menghulurkan bantuan peribadi kepada mangsa kebakaran tersebut.

En. Dzu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Nik Dir yang begitu prihatin diatas lawatan serta sumbangan berbentuk wang tunai yang dihulurkan kepada beliau bagi meringankan beban yang dialami keluarganya.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang 15/06/2012, mangsa bersama keluarga telah keluar ke Kuala Terengganu untuk membeli belah, namun telah dimaklumkan oleh jiran sebelah rumah (juga ahli keluarganya) bahawa rumah beliau telah terbakar.  Beliau bergegas pulang ke rumah dan mendapati rumahnya sedang dijilat api dan tidak mampu untuk menyelamatkan harta benda dan hangus sama sekali beserta dengan pelbagai kelengkapan rumah dan barang-barang peribadi serta keluarga.


Walaubagaimana pun pihak Bomba mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk memadamkan kebakaran daripada terus meranapkan rumah tersebut serta rumah-rumah bersebelahan.


Mangsa dan keluarga kini tinggal sementara di rumah keluarga berdekatan dan diberi bantuan pakaian dan makanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...