Jumaat, 8 Jun 2012

Program Sail Passage To The East Dijangka Tarik Pelayar Berlabuh Di Terengganu


KUALA TERENGGANU, 7 Jun (Bernama) -- Program pelancongan marina, Sail Passage to the East, iaitu rali kapal layar merentasi Malaysia, dijangka menarik lebih ramai pelayar berlabuh di Terengganu memandangkan negeri ini mempunyai kemudahan dan infrastruktur marina yang diperlukan oleh pelayar.

Promosi program ini mendapat kerjasama kerajaan negeri Terengganu apabila sebanyak 26 buah kapal layar 'Sail Malaysia Passage to the East' melibatkan 63 pelayar dari pelosok dunia kini berada di Bandaraya Warisan Pesisir Air Kuala Terengganu.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu Datuk Abd Rahim Mohd Said berkata kemudahan marina bertaraf antarabangsa menjadi tarikan pelayar untuk singgah berlabuh di sini di samping eko-pelancongan untuk diterokai.

"Mereka yang ditemui rata-rata berpuas hati dan tertarik dengan negeri ini kerana kita menyediakan kemudahan seperti pengisian minyak, pembaikan dan penjagaan kapal," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam sambutan ketibaan peserta perahu layar berkenaan di Marina Pulau Duyong di sini.

Katanya pelayar berkenaan yang tiba semalam, datang dari beberapa negara termasuk Kanada, Australia, New Zealand, England, Scotland, Amerika Syarikat dan negara jiran termasuk Singapura.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...