Jumaat, 22 Jun 2012

Pemimpin Bersama Warga Nelayan Daerah Marang



Merchang 21/06/2012 - Program Pemimpin Bersama Nelayan sempena penyampaian bantuan sara hidup RM200 anjuran LKIM dan Persatuan Nelayan Daerah Marang telah diadakan di Dewan Sivik MDM Merchang. Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku dan turut hadir Pengarah LKIM Tuan Haji Safiee.

Sebelum program bermula, taklimat oleh Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan turut diadakan bagi memberikan satu gambaran serta titik tolak kepada warga nelayan agar tidak diperdaya dengan peniaga-peniaga yang menaikkan harga barangan yang kian ketara ketika ini.

Manakala dalam ucapan ringkas, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir berkata kerajaan negeri tetap membantu nelayan di Marang dengan menyediakan pelbagai bantuan dengan kos melebihi jutaan ringgit bagi memastikan golongan itu dapat meneruskan kelangsungan hidup walaupun menyedari majoriti mereka tidak memihak kepada kerajaan.

 

Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Haji Nik Dir Nik Wan Ku, berkata majoriti kumpulan nelayan di Marang adalah penyokong pembangkang dan jika dibuat perbandingan daripada 1,000 nelayan, kira-kira 700 daripada mereka memilih Pas.


 

“Kerajaan negeri dan Pusat menjalankan pelbagai pembangunan dan kemudahan kepada nelayan supaya mereka dapat terus bekerja dan mencari rezeki mereka. Terlalu banyak yang kita sediakan, bagaimanapun mereka masih tidak sedar sehingga membelakangkan kerajaan ketika Pilihan Raya Umum.

“Bagaimanapun, saya yakin dan percaya kini sudah ada perubahan dan kesedaran di kalangan mereka (nelayan). Ada peningkatan di kalangan nelayan yang menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) berikutan banyak kehendak mereka kita laksanakan,” katanya.

untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI bahagian I - IV

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...