Sabtu, 9 Jun 2012

PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA MASYARAKAT DUN RHU RENDANG


Rhu Rendang 08/06/2012 - Program Pemimpin Bersama Masyarakat DUN Rhu Rendang diteruskan dari masa ke semasa bagi mendekati jiwa masyarakat dengan lebih dekat lagi, terutama dikawasan DUN Rhu Rendang, Marang.

Tiga program telah diadakan yang dihadiri oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku iaitu di sebelah petangnya jam 3.00 Kg. Pantai Seberang Marang, manakala disebelah malamnya pula di Kg. Sentol Patah dan Kg. Tertak Batu.

Turut serta dalam program yang diatur adalah Ketua Pemuda dan Puteri DUN Rhu Rendang dan AJK yang lain bagi menceriakan program yang diadakan.

Berbagai-bagai aturcara yang telah diatur termasuk pertandingan memancing ikan kolam yang telah diadakan di Kg. Tertak Batu, Marang, dimana pemancing pertama berjaya menaikkan ikan keli seberat 4.7 kg. Aturcara sedemikian akan diteruskan dari masa kesemasa bagi mengeratkan tali silaturrahim diantara pemimpin dan masyarakat.

untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan DISINI - 1KLIK DISINI - 2, dan KLIK DISINI - 3



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...