Sabtu, 26 Mei 2012

Program turun padang menziarahi pesakit kronik



Rhu Rendang 25/05/2012 - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku meneruskan tradisi membela ahli dengan melakukan program ziarah ke rumah ahli terutama mereka yang uzur dan sakit.

Program berbentuk turun padang itu bukian sahaja memberi peluang pemimpin parti peringkat DUN malah ia turut membabitkan pemimpin peringkat cawangan yang melakukan lawatan dari rumah ke rumah. 

Ketika berkunjung ke rumah ahli terbabit rombongan turut membawa bersama buah tangan dan wang untuk membantu meringankan beban mereka dalam menghadapi kehidupan seharian.

Keluarga pesakit Puan Azizah Sulong, 62 tahun, alamat 1368, Jalan Lama, Seberang Marang yang mengidap sakit lumpuh berkata, beliau amat terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga dengan kunjungan yang dibuat oleh PP DUN serta wanita UMNO Marang. Puan Azizah mengidap sakit lumpuh sejak beberapa tahun yang lalu dan tidak mampu untuk berjalan, hanya dengan bantuan kerusi roda.

Gambaran selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...