Ahad, 6 Mei 2012

PROGRAM SEHARI JALINAN MESRA AMAL BAKTI BERSAMA JKKK KG. BARU RHU MUDA, MARANG


Marang 04/05/2012 - Program Sehari Jalinan Mesra Amal Bakti 2012 PROSBOC bersama JKKK Kg. Baru Rhu Muda, Marang anjuran bersama Pemuda & Puteri UMNO Kg. Baru Rhu Muda berlangsung dalam suasana yang begitu ceria bagi menjalin tali silaturrahim diantara ahli-ahli PROSBOC penduduk Kg. Rhu Rendang.

Berbagai-bagai acara telah diatur serta direncanakan bermula jam 7.30 pagi hingga 11.00 malam bagi tujuan tersebut. Diantaranya mengadakan gotong-royong bersama komuniti setempat, kunjungan ke rumah-rumah pesakit kronik, sukaneka mesra rakyat, Solat Jumaat & Kuliah Maghrib serta Malam Mesra Bakti (BBQ & Karaoke) disebelah malamnya.

Majlis penutupan berlangsung di Restoran POK MAN, Kg. Baru, Kelulut yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku pada jam 9.00 malam. Turut hadir Datuk Haji Razali Idris, Ketua Pemuda/Wanita/Puteri UMNO DUN Rhu Rendang.

Paparan selanjutnya sila layari laman facebook dan Klik Disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...