Ahad, 27 Mei 2012

PROGRAM SEPAKAT KOMUNITI 1MALAYSIA BERSAMA PEMIMPIN


Marang 26/05/2012 - Program Sepakat Komuniti 1Malaysia Bersama Pemimpin anjuran bersama Jabatan Penerangan Daerah Marang dan JKKK Kg. Darat Pak Chan, Marang telah diadakan di Taman Desa Permai, Marang, Terengganu.

Menurut Pengerusi JKKK Kg. Darat Pak Chan En. Mat Muslim berbagai-bagai acara telah diatur bagi memeriahkan lagi program yang berlangsung seperti Pertandingan Footsal, Bola Jaring, Sukaneka Kanak-Kanak dan Pertandingan Mewarna 'Kerek' berkumpulan bagi AJK Komuniti Kg. Darat Pak Chan.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, yang turut dihadiri Tim. Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu dan tetamu kehormat.

Tuan Haji Nik Dir turut menyuarakan perasaan gembiranya kerana program yang diatur dalam dijalankan dalam suasana yang penuh keceriaan, yang dianggotai oleh semua peringkat umur bagi penduduk persekitaran. Program seumpama ini juga akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang bagi merapatkan lagi talisilaturrahim diantara pemimpin dan penduduk bagi menjayakan saranan pucuk pimpinan diperingkat Negeri dan Pusat.
 

Paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...