Khamis, 24 Mei 2012

LAWATAN PESAKIT KRONIK DIKAWASAN DUN RHU RENDANG


Rhu Rendang 23/05/2012 - Penderitaan hidup pesakit kronik setelah mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah mendapat perhatian Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan ku yang sememangnya amat prihatin terhadap penduduk di kawasannya.

Pak Harun, 70 tahun yang tinggal di Lot. 7311, Kg Sungai Kerak, Marang, Terengganu telah terlibat didalam kemalangan jalanraya beberapa bulan yang lalu telah tidak berupaya untuk berjalan, disebabkan kecederaan serius yang dialami di bahagian kakinya yang patah.

Dengan keprihatinan Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang telah menyumbang sebuah kerusi roda kepada Pak Harun serta barang keperluan untuk meneruskan kehidupan seharian bersama keluarga.

Paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...