Selasa, 19 Mac 2024

KILANG DIDAKWA KELUARKAN STOKING KALIMAH ALLAH DI BATU PAHAT DISIASAT - EXCO AGAMA JOHOR

 

KLUANG: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Johor, Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan polis sudah mengambil tindakan awal dan menyiasat kilang yang didakwa mengeluarkan stoking tertera kalimah Allah di Batu Pahat.

Beliau menjelaskan sudah menghubungi Ketua Polis Daerah Batu Pahat yang mengesahkan tindakan awal sudah dibuat.

"Kita percaya polis akan melaksanakan tugas mereka dan saya berharap semua orang Islam bersabar," katanya pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMA) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini, baru-baru ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA

·         Stoking hina Islam: Biar polis siasat
·         Hanya 5 pasang stoking kalimah Allah ditemui di kilang Batu Pahat - Polis
·         KPDN buat semakan terperinci isu stoking tertera kalimah Allah
·         Permohonan maaf diterima, tapi siasatan perlu diteruskan - Ulama UMNO
·         Stoking tertera kalimah Allah: 11 laporan polis di Johor
·         Agong murka isu kalimah Allah timbul lagi
·         MCA pertikai pendirian Pemuda UMNO, DAP dalam isu kalimah Allah pada stoking
·         Vendor KK Mart pertimbang tindakan undang-undang pembekal stoking di China

Mohd Fared berkata, pihaknya menyokong semua tindakan perundangan kepada pihak berkenaan dan sedia membantu pihak berkuasa yang terbabit.

"Kita akan ambil tindakan sebaiknya sekiranya agensi penguat kuasa kita diperlukan untuk buat serbuan dan operasi bersama, kita akan menggerakkan semua agensi," katanya.

Beliau turut mengecam sekeras-kerasnya penjualan stoking tertera kalimah Allah itu dan memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak memainkan sentimen keagamaan seperti itu.

"Kita percaya hal ini tidak akan berulang lagi. Untuk bangsa Johor (minta) untuk semuanya berterusan memantau, membantu kita agensi kerajaan negeri dan melaporkan kepada pejabat kadi, pejabat polis daerah sekiranya ada kecurigaan pada hal hal berkaitan dengan masalah ini," katanya.

Rabu lalu tular di media sosial stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1224908/kilang-didakwa-keluarkan-stoking-kalimah-allah-di-batu-pahat 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...