Sabtu, 16 Mac 2024

Jasmine Loo didoktrin untuk percaya Jho Low wakil Najib Razak

 


Jasmine Loo semalam mengakui beliau didoktrin agar mempercayai Jho Low merupakan wakil Najib Razak dalam urusan 1MDB.

Beliau menjawap soalan Tan Sri Shafee Abdullah semasa sesi soal balas dalam Mahkamah.

Apabila ditanya siapa individu yang mendoktrinkan beliau, Jasmine menyebut nama Shahrol. Jasmine juga mengaku pernah nampak Najib bertemu Jho Low tetapi beliau tidak tahu apakah perbualan antara mereka.



Jasmine dalam pada itu mengakui beliau sebenarnya dilantik sebagai Pengarah Pejabat CEO 1MDB dan bukannya “General Counsel’ atau ‘Group Legal Advisor’.

Ini bertentangan dengan laporan akhbar yang menyatakan Jasmine adalah ‘General Counsel’ bagi 1MDB.

Oleh kerana pengakuan tersebut, Shafee meminta Jasmine mengemukakan surat pelantikan beliau sebagai ‘Director of CEO’s Office’.

Apabila diasak Shafee, Jasmine akhirnya mengakui Najib tidak terlibat dalam urusan kewangan 1MDB.

Saksi juga mengakui pernah bertemu Jho Low di Shanghai, China awal 2017, untuk berbincang mengenai tindakan DoJ terhadap Jasmine berkait harta di London dan New York. Jasmine juga mengakui beberapa lukisan Picasso juga dalam perhatian DoJ ketika itu.

Agak mengejutkan apabila Jasmine Loo turut mengakui Jho Low pernah menghantar wang kepada beliau sebagai ‘wang perbelanjaan hidup’.

Jho Low mengaku kepada Jasmine wang tersebut merupakan wang 1MDB. Dari pemerhatian semalam, Jasmine digambarkan sebagai ‘pelindung’ Jho Low menurut Shafee namun ia dinafikan Jasmine Loo.

Perbicaraan akan bersambung pada April 2024. 

https://my-tv.online/2024/03/16/jasmine-loo-didoktrin-untuk-percaya-jho-low-wakil-najib-razak/?fbclid=IwAR2t_ZC4vKmhMuDSx8D5kxkoiTcEOITkzIm99VZTnTwmy_yZWXfznmLWzUw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...