Ahad, 3 Mac 2024

10 Mac tarikh lihat anak bulan Ramadan

 


PETALING JAYA – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan tarikh melihat anak bulan Ramadan pada petang 10 Mac (Ahad) ini bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan berkata, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi terpilih.

Antaranya Pontian Kecil (Johor), Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka), Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan), Bukit Melawati (Kuala Selangor), Bukit Jugra, Banting (Kuala Langat), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.

Selain itu, Pantai Pasir Panjang, mukim Pengkalan Baru, daerah Manjung (Perak) serta Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang) manakala di Kedah, Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah (Pulau Langkawi) dan Menara Alor Setar, Alor Setar.

Bagi Terengganu pula ialah di Bukit Besar (Kuala Terengganu) Bukit Geliga (Kemaman) Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA (Mukim Merang, Setiu) manakala di Kelantan melibatkan Bukit Peraksi (Pasir Puteh), Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram (Kuala Krai) dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu.

Tiga tempat di Sarawak ialah Esplanade Luak, (Miri), Teluk Bandung (Kuching) dan Tanjung Batu (Bintulu) dan satu lokasi di Sabah iaitu Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan serta tiga di Pahang merangkumi Bukit Tanjung Batu (Nenasi), Gunung Berincang (Cameron Highlands) dan Bukit Pelindung, Kuantan.

Di Wilayah Persekutuan ialah tingkat 13 di Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (Menara Kuala Lumpur), serta Pusat Konvensyen Antarabangsa dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. – KOSMO! ONLIN

10 Mac tarikh lihat anak bulan Ramadan - Kosmo Digital

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...