Sabtu, 2 Februari 2013

SEPETANG BERSAMA PEMIMPIN PETI UNDI SENTOL PATAH


Rhu Rendang 01/02/2013 - 'Janji Ditepati' - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku tidak berasa puas jika tidak turun ke padang untuk melihat sendiri serta bersama-sama masyarakat kampung untuk menikmati minum petang sambil bersantai menyelami masalah rakyat.

Program dianjur oleh Penyelaras Pemuda UMNO DUN Rhu Rendang, En. Zaidi Awang telah mengadakan Majlis Sepetang Pemuda Bersama Pemimpin bagi Peti Undi Sentol Patah di perkarangan Balai Raya, yang dihadiri lebih kurang 50 orang. Turut hadir Pengerusi JKKK dan Ketua Pemuda Cawangan.

Majlis seumpama ini akan diteruskan dibeberapa lagi peti undi di DUN Rhu Rendang sehinggalah tarikh PRU ke 13 menjelang.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...