Ahad, 10 Februari 2013

PEMIMPIN CAKNA GENERASI 'Y' ADAKAN GALA-NITE TAUTAN KASIH


Rhu Rendang 08/02/2013 - Program Cakna Pemimpin bersama Generasi Y 'Gala-Nite Tautan Kasih' 2013 berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Menurut Penyelaras Program En. Hasmadi Ghaza tujuan program ini dianjurkan adalah untuk merapatkan lagi talisilaturrahim diantara bekas-bekas pelajar SMK Tengku LELA Segara dan SMK Seberang Marang bermula dari tahun 2004 hingga 2008 dengan pemimpin DUN Rhu Rendang.

Program seumpama ini akan diteruskan dimasa-masa mendatang agar bekas-bekas pelajar tidak kehausan untuk beramah mesra dengan pemimpin serta rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama mengharungi penghidupan berasingan.

 

Dalam ucapan ringkas Tuan Haji Nik Dir begitu terharu diatas pendekatan yang telah diatur oleh Penyelaras Program Cikgu Hasmadi dan Cikgu Zul Nizam yang telah berjaya mengadakan program seumpama ini untuk memastikan hubungan generasi Y di DUN Rhu Rendang terus utuh dan selalu berhubungan dengan pemimpin-pemimpin di Marang.

 

Ini menunjukkan golongan muda mudi ataupun Generasi Y telah faham tentang senario politik negara mahu pun Negeri Terengganu terutama di DUN Rhu Rendang dan telah tahu hala tuju yang patut mereka sokong pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti, Undi golongan Generasi Y adalah penentu kemenangan kepada Barisan Nasional.

Program juga diserikan lagi dengan jemputan pencerah undangan dari BTN dan cabutan nombor bertuah serta jamuan makan malam.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...