Jumaat, 22 Februari 2013

Penjawat awam dilarang berpolitik tanpa kebenaran


KUALA LUMPUR - Penjawat awam yang didapati terlibat dengan kegiatan politik tanpa kebenaran daripada ketua jabatan ataupun berpolitik dalam waktu kerja boleh dikenakan tindakan tatatertib, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling yang membenarkan kumpulan pelaksana iaitu dari Gred 1 hingga Gred 40 terlibat dalam politik dan mereka perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam pekeliling tersebut.
Menurutnya, syarat-syarat tersebut antaranya mesti mendapat kebenaran daripada ketua jabatan dan berpolitik selepas waktu pejabat.
"Kalau ada kes (yang melanggar syarat tersebut), kita patut bertindak di atas maklumat yang tepat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab pada Perhimpunan Khas Bersama Pemimpin Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini semalam.
Turut hadir Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...