Sabtu, 16 Februari 2013

Majlis Penyerahan Kunci Rumah PPRT di JKKK Taman Rashidah/Medan Ru


Rhu Rendang 15/02/2013 - Majlis Penyerahan Kunci Rumah PPRT serta Makan Malam bagi JKKK Taman Rashidah dan Medan Ru telah diadakan pada 15/02/2013 jam 9.00 malam di Balai Raya Taman Rashidah/Medan Ru.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku kepada dua penerima iaitu Puan Fatimah binti Pak, 45 tahun dan Encik Salim bin Husin, 45 tahun.

Kedua-dua penerima mengucapkan syukur dan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri serta Tuan Haji Nik yang telah membantu mereka mendapatkan rumah demi untuk keluarga masing-masing. 

Disamping itu juga Tuan Haji Nik Dir telah meluluskan permohonan membaik-pulih rumah Sulong binti Husin, 65 tahu berjumlah RM11,000.


Dalam ucapan ringkas, Tuan Haji Nik Dir menyarankan agar kita semua berasa syukur atas nikmat yang diberikan olehNya dan juga dengan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan  BN yang memerintah, berlebih-lebih lagi Kerajaan Negeri Terengganu.

Kerajaan yang ada sekarang ini, sejak dari dulu lagi tidak pernah mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga rakyat, tetapi sebaliknya rakyat sendiri ada yang tidak bersyukur dan tidak berterima kasih dengan Kerajaan BN yang terlalu banyak membantu.


Beliau sendiri juga tidak pernah meminggirkan sesiapa pun masyarakat didalam kawasan DUN Rhu Rendang, maupun fahaman politik berlainan seperti PAS.

Semasa bencana banjir baru-baru ini, 4 buah rumah penyokong tegar PAS termasuk Sekolah Mahaad yang terletak dibelakang Masjid Rusila dan berdekatan pula dengan rumah Presiden PAS Haji Hadi Awang telah dilanda banjir akibat daripada keadaan longkang yang tersumbat.


Seawal jam 6.30 pagi, beliau telah menerima panggilan telefon mengatakan kejadian tersebut, lalu memaklumkan kepada kontrektor yang dilantik supaya mengambil tindakan serta merta mengorek longkang yang tersumbat, supaya aliran air dapat bergerak dengan lancar.

Tuan Guru Haji Hadi sendiri tidak mengambil sebarang tindakan diatas keadaan yang berlaku, sedangkan terletak hanya beberapa meter saja daripada rumah beliau dan Masjid Rusila.

Kalau nak diceritakan terlalu banyak perkara-perkara yang tidak diperdulikan langsung oleh Tuan Guru Haji Hadi sejak 31 tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini.

Turut hadir Pengerusi JKKK Tmn Rashidah/Medan Rhu En. Abd. Rahman, En. Zaidi Awang - Penyelaras Pemuda DUN Rhu Rendang, En. Roslan Ngah dan Tuan Haji Maliki.

Untuk paparan selanjutnya sila layari lama facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...