Jumaat, 15 Februari 2013

Pengagihan BR1M 2.0 Siri 3 dan 4 DUN Rhu Rendang


Rhu Rendang 14/02/2013 - Pengagihan Bantuan  Rakyat 1Malaysia 2.0 siri ke 3 dan ke 4 bagi Fasa Pertama berlangsung pada hari ini di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula seawal jam 9.00 pagi bagi siri ke 3 dan jam 2.30 petang bagi siri ke 4 sehingga jam 5.30 petang.

Seramai 1,036 orang penerima bantuan tersebut daripada peti undi Bandar Marang dan Batangan dengan melibatkan sejumlah RM518,000.00. Majlis pengagihan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Pengagihan seterusnya bagi siri ke 5 hingga ke 9 Fasa Pertama akan diteruskan pada hari-hari yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, menurut Tuan Haji Nik Dir mana-mana mereka yang masih belum menerimanya perlu bersabar dan akan dipanggil pada pengagihan Fasa ke dua yang akan diadakan kemudian.


Dalam ucapan ringkasnya, beliau menyentuh mengenai sekumpulan pengikut-pengikut PAS Rusila yang dianggarkan lebih kurang 30 orang telah menyerbu ke rumah  Ketua Pemuda Cawangan Rhu Renggeh dan telah memberi amaran supaya tidak memasang bendera BN di atas Bukit Chendering, jika tidak mahu pertumpahan darah.

Beliau begitu kesal sekali tindakan yang dilakukan oleh kumpulan tersebut yang diketuai oleh bekas Cikgu yang dikenali dengan nama Cikgu Daud, sehinggakah sesama agama pun sanggup untuk melakukan tindakan yang tidak memberi faedah demi politik sempit yang dibawanya.

Selain daripada itu, beliau memberi contoh yang terbaik apa yang berlaku di Kg. Rhu Muda/Seberang Marang dimana dicelah-celah bendera BN terdapat juga bendera PAS yang diletakkan dicelah-celahnya. Namun begitu tindakan professional Pengerusi JKKK En. Anuar Yahya tidak mengambil atau membuat sebarang tindakan yang boleh menjejaskan maruah serta keharmonian bersama.

Walaupun PRU ke 13 semakin hampir, beliau berharap perkara-perkara yang sedemikian jangan lah berlaku lagi, yang boleh menyebabkan perbalahan sehingga boleh mendatangkan pertumpahan darah sepertimana yang dinyatakan oleh kumpulan Cikgu Daud.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI (Siri 3) dan DISINI (Siri 4)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...