Isnin, 25 Februari 2013

Janji Ditepati - BR1M 2.0 Fasa Kedua DUN Rhu Rendang

Rhu Rendang 24/02/2013 - Slogan Janji Ditepati tetap dilaksanakan, dimana pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) fasa kedua bagi DUN Rhu Rendang kepada penerima-penerima berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.

Pengagihan dijalankan kepada dua peringkat disebelah pagi dan petang dimana melibatkan penduduk dari Peti Undi Bandar Marang, Kijing, RUSILA, Medan Jaya dan Sentol Patah seramai 1,100 orang dengan jumlah RM550,000.00.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Abdul Rahman Bakar dan Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Kedua-dua pemimpin bersatu tenaga bertemu dengan masyarakat untuk menyampaikan hasrat Kerajaan Barisan Nasional bagi melaksanakan tranformasi demi kepentingan rakyat.

 Dalam ucapan ringkasnya, Tuan Haji Nik Dir meminta semua masyarakat terutama penerima BR1M supaya jangan mendengar ungkapan yang cukup menyedihkan daripada kedua-dua pemimpin PAS yang menyifatkan penerima-penerima BR1M adalah seperti haiwan.

Sambil bersumpah demi Allah S.W.T, beliau menekankan bahawa niat murni beliau serta Kerajaan BN tidak langsung menyifatkan penerima BR1M seperti haiwan atau pun untuk memancing undi sepertimana yang dinyatakan.

Jelas disini, ramai daripada penerima bantuan adalah terdiri daripada ahli-ahli PAS dan beliau tidak sekali-kali meminggirkan mana-mana orang walaupun fahaman politik berbeza. Tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Kerajaan BN telah dilaksanakan. Jika tidak dilaksanakan beliau akan berdosa kepada Allah S.W.T dan juga kepada rakyat keseluruhannya.

Oleh yang demikian fikirkan lah dengan sebaik-baiknya demi untuk masa depan anak-anak dan negara yang disayangi.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI dan DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...