Khamis, 14 Februari 2013

Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Fasa I


Rhu Rendang 13/02/2013 - 'Janji Ditepati - Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) bagi Fasa I DUN Rhu Rendang berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula jam 9.00 pagi.

Seramai 504 orang penerima bantuan terdiri daripada penduduk Medan Jaya, Medan Jaya 1, Kg. Sentol Patah, Kg. Tertak Batu dan Kg. Gong Nangka.

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku yang dibantu oleh Penghulu Mukim Pulau Kerengga dan Rusila serta petugas-petugas APMT Daerah Marang.

Sebelum penyampaian dilakukan Tuan Haji Nik Dir dalam ucuapannya mengingatkan kepada semua penerima pemberian BR1M yang merupakan inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan cara berkesan menangani masalah rakyat selain pemberian bantuan subsidi.


"Tidak benar jika BR1M atau pemberian lain oleh kerajaan kepada rakyat dikaitkan sebagai cara untuk memancing undi pilihan raya kerana BR1M misalnya, tahun lepas pun kerajaan beri dan ketika itu bukan masa pilihan raya pun.
Kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan tempoh pendaftarannya sehingga 15 Mac ini bagi memberi peluang kepada rakyat yang layak tetapi belum mendaftar untuk berbuat sedemikian.


Selain itu kata Tuan Haji Nik Dir, pemberian pelbagai bantuan terus kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pertama dan BR1M 2.0, bantuan awal persekolahan, penghapusan yuran persekolahan dan pelbagai lagi merupakan bukti keprihatinan kerajaan meringankan beban hidup rakyat.

Oleh yang demikian kita perlu sedar serta memikirkan apakah bantuan kita pula kepada kerajaan yang telah banyak menyumbang kepada kita demi untuk keselesaan serta meringankan beban hidup sekeluarga.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...