Isnin, 16 Julai 2012

Sambutan Minggu Perpaduan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Marang 2012

Marang 14/07/2012 - Sambutan Minggu Perpaduan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Marang 2012 telah diadakan di Perkarangan KRT Taman Desa Permai, Kg. Darat Pak Chan, Marang. Majlis sambutan bermula jam 2.30 petang dengan acara pertandingan basikal berhias '1Basikal 1Keluarga' KRT Daerah Marang. Sejumlah 55 buah basikal dan keluarga mengambil bahagian didalam pertandingan tersebut.

Disebelah malamnya pula jam 9.30 malam telah diadakan gimik menaikkan bendera Malaysia dan diiringi band dari 512 Askar Wataniah dengan menyanyikan lagu negaraku.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Negeri Terengganu, En. Tukimin Sarlan. Turut hadir Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Ketua-Ketua Jabatan dan anggota KRT Daerah Marang.

Ketibaan Pengarah JPINT diarak dengan basikal berhias daripada Dewan SIVIK Kg. Darat Pak Chan dan diiringi dengan peronda PDRM Daerah Marang sejauh lebih kurang 1/2 km ke pentas utama. Setibanya dihadapan pentas utama VIP yang diraikan telah disambut oleh kumpulan silat warisan Negeri Terengganu.

Penduduk Taman Desa Permai sangat-sangat berterima kasih kerana taman mereka telah dipilih untuk mengadakan majlis seumpama ini yang julung-julung kali diadakan.

 


Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...