Khamis, 12 Julai 2012

PEMIMPIN TURUN PADANG


Rhu Rendang 11/07/2012 - Dengan keprihatinan YB Dato Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu terhadap Orang Kurang Upaya (OKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang telah mengadakan Program Karisma Mesra bersama penduduk Taman Rahmat, Pulau Kerengga, Marang pada hari ini mulai jam 4.45 petang.  Perjumpaan bersama penduduk telah diadakan di dewan taman tersebut yang dihadiri lebih kurang 300 orang.

Turut hadir Pegawai Daerah Marang, Tuan Haji Abdul Rahman Che Ali, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pengerusi JKKK berhampiran bagi memeriahkan lagi majlis yang diadakan.

Tuan Haji Nik Dir selaku Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang dalam ucapan ringkasnya telah menyuarakan rayuan daripada penduduk Taman Desa Rahmat memohon bantuan membaikki pulih rumah-rumah penduduk setempat yang mana boleh dikatakan telah usang.


Manakala dalam ucapan YB Dato Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu, telah menyuarakan rasa sukacita bahawa permohonan yang diutarakan itu akan dilaksanakan, dengan membina rumah teres tiga bilik sebanyak 60 unit bagi menggantikan rumah-rumah yang sedia ada, bagi keselesaan keluarga penduduk OKU di Taman Desa  Rahmat ini.

 

Namun begitu YB Dato Seri menyarankan bahawa permohonan penduduk akan ditunaikan dalam baget tahun 2013 dengan satu permintaan agar penduduk Taman Desa Rahmat memberikan keutamaan kepada BN dalam PRU ke 13 yang akan datang ini.  Kemenangan BN akan memberikan perubahan yang ketara bagi penduduk taman ini serta keseluruhan masyarakat DUN Rhu Rendang.
 

Beberapa orang penduduk telah ditemui menyatakan rasa gembira dan bersyukur diatas keprihatinan YB Menteri Besar serta Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang terhadap warga OKU dan akan memberikan sokongan yang padu kepada BN dalam PRU yang ke 13.

Sumbangan berbentuk barang keperluan termasuk beras telah disampaikan sendiri oleh YB Dato Seri kepada semua penduduk yang hadir di majlis tersebut.

Untuk paparan selanjutnya sila layari dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...