Khamis, 5 Julai 2012

Iklan haram: MPS keluar 300 kompaun, turun 6,500 iklan

Iklan yang terpapar di lampu isyarat Rhu Rendang, Marang

Di Marang iklan yang ditampal bertambah dari hari ke hari. Jika tindakan segera tidak diambil maka terjadilah sebagaimana yang berlaku di kawasan Lembah Klang. Pihak berkuasa perlu prihatin mengenai perkara ini.

SELAYANG - Sebanyak 300 kompaun dikeluarkan dan 6,500 iklan haram diturunkan dalam operasi membanteras iklan tanpa lesen melibatkan 24 zon peringkat Majlis Perbandaran Selayang (MPS), semalam.


Yang Dipertua MPS, Datuk Zainal Abidin Aala berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan kes berbanding tahun lalu yang mencatatkan hanya 3,000 iklan.

Menurutnya, zon dengan kes tertinggi ialah Kepong iaitu sebanyak 3,000 iklan dan diikuti Gombak, 1,200 serta Selayang, 1,000 iklan.


Menurutnya, kempen bermula pada jam 9 pagi dan berakhir tiga jam kemudian itu adalah usaha diilakukan MPS bagi memastikan mereka yang memasang iklan dapat mematuhi peraturan dan mengikut prosedur permohonannya.

Iklan di lampu isyarat Bandar Marang

"Semua pemilik dihubungi dan diarahkan supaya menanggalkan iklan haram milik mereka," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun katanya, mereka yang terlibat enggan berbuat demikian dan MPS mengambil tindakan penguatkuasaan dengan menjalankan operasi tersebut.

“Kompaun dikeluarkan kepada 300 pesalah yang terdiri daripada mereka yang ingkar seiring dengan Undang-Undang Kecil (2007) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan kompaun RM1,000 untuk setiap satu iklan.

Iklan di Bandar Marang

“Diharapkan dengan tindakan penguatkuasaan ini, mereka yang berhasrat untuk memasang sebarang iklan perniagaan, program atau selari dengannya digalakkan memohon kepada MPS terlebih dahulu untuk mengelakkan dikenakan tindakan,” katanya.
Iklan di Bandar Marang

Beliau berkata, MPS turut meneruskan operasi menurunkan bendera parti politik seperti diarahkan oleh Kerajaan Negeri secara berkala di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

Katanya, tiada sifat pilih kasih atau kepartian. Sekiranya ditemui bendera parti dipasang di kawasan rizab milik MPS atau kawasan awam, MPS berhak menanggalkannya namun terdapat beberapa kawasan diberikan pengecualian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...