Ahad, 4 Februari 2024

“Kesiannya, muda-muda” – Individu luah rasa kesal, nama penuh & pekerjaan 6 ‘pelakon’ Hot Daddy didedah kepada umum

 

Rabu lalu, enam wanita yang terbabit dalam aktiviti tidak bermoral bersama Hot Daddy di aplikasi X telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Empat daripada enam wanita terbabit mengaku bersalah atas kesalahan memiliki video lucah dalam telefon bimbit dan peranti.

Majistret kemudian menjatuhkan hukuman denda antara RM2,500 hingga RM4,800 terhadap penganggur Nurnabilah Ayuni Hanafi, 22; pemandu pelancong, Amira Natasha Mohammad, 26; penuntut universiti, Nur A’liaa Muhamad Rosly, 22, dan eksekutif pemasaran, Farah Adila Hanum Khairuddin, 36.

Dua lagi wanita iaitu akauntan, Norfatihah Ramle, 30, dan penuntut kolej Felecia Lisa Nandong, 21, mengaku tidak bersalah.

Bagaimanapun, ada seorang individu di aplikasi X meluahkan rasa simpati terhadap enam wanita berkenaan kerana ada pihak bertindak mendedahkan nama mereka kepada umum.

Menurut individu bernama Angguns itu, tindakan itu disifatkan sebagai ‘jahat’ dan sepatutnya hanya dedahkan nama Hot Daddy.

“Kesiannya, muda-muda (wanita yang ditahan). Jahatnya post nama full. Expose bapa ayam dah lah,” tulisnya.

https://beritaperak.com/kesiannya-muda-muda-individu-luah-rasa-kesal-nama-penuh-pekerjaan-6-pelakon-hot-daddy-didedah-kepada-umum/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...