SHAH ALAM: Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas kenyataan Ahli Parlimen
Klang, Charles Santiago yang mempertikaikan kredibiliti beliau menandatangani
perjanjian air dengan kerajaan Persekutuan.
Khalid berkata, wakil rakyat DAP itu sepatutnya meneliti
fakta perjanjian air tersebut sebelum membuat kenyataannya kepada media.
"Dia (Santiago) tak reti" (Klik) sama macam isu dia tak reti
pasal air beracun di kolam takungan.
"Sebagai golongan profesional mereka sepatutnya
meneliti fakta terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan. Jika tidak kita tidak
lihat mereka sebagai pemimpin yang membantu membangunkan komuniti dan negara.
"Asyik tembak sini saja je... tak beri nilai tambah
walaupun nampak sibuk, tapi tak beri manfaat kepada rakyat, " katanya
kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di
Bangunan Sultan Salahuddin Idris Shah pada Rabu.