Isnin, 29 September 2014

NELAYAN PANTAI LUPA KESALAHAN SENDIRI > PUNCA TERJEJAS PENDAPATAN

NELAYAN PANTAI UMPAMA, BALING BATU SEMBUNYI TANGAN !!!

Nelayan pantai cuba berbohong kepada kerajaan untuk meraih bantuan. Inilah hakikat sebenarnya sebagaimana yang telah dinyatakan didalam akhbar tempatan (Klik)  Unjam-unjam yang dibuat oleh kerajaan semuanya telah dimusnahkan oleh nelayan pantai sendiri terutama NELAYAN PUKAT KAYA.


Bukan saja unjam musnah, tetapi kesemua bot-bot yang dijadikan tukun tiruan yang ditenggelamkan oleh Jabatan Perikanan atau APMM semuanya musnah.

Jabatan Perikanan perlu mengambil tindakan yang lebih efektif kepada nelayan berkaitan kebanyakkannya tiada mempunyai lesen, serta mengambil pendekatan yang lebih drastik menghadkan kawasan pemukatannya bagi mengelakkan kemusnahan berterusan, merosakan tukun, unjam serta batu karang serta maritim dilautan.

KUALA TERENGGANU, 29 Sept (Bernama) -- Ramai nelayan pantai di negeri ini terjejas mata pencarian mereka disebabkan gangguan bot pukat tunda kecil tanpa lesen yang beroperasi di kawasan unjam berhampiran pesisir pantai.


Jurucakap nelayan pantai Hasan Ismail berkata perkara itu telahpun diadukan kepada Jabatan Perikanan tetapi belum ada tindakan diambil setakat ini.

"Kami sekarang kehilangan mata pencarian disebabkan pelampung-pelampung penanda unjam telah dipotong oleh bot-bot pukat tunda kecil berkenaan," katanya kepada Bernama di sini.

Menurut Hasan unjam-unjam ikan berkenaan telah dibina oleh kerajaan negeri di kawasan pantai di negeri ini untuk memudahkan nelayan-nelayan pantai menangkap ikan.

Bagaimanapun beliau berkata tanpa pelampung-pelampung penanda unjam berkenaan menyebabkan nelayan-nelayan pantai hilang arah dan sekaligus pendapatan merosot.

Beliau berkata bot-bot pukat tunda kecil tanpa lesen itu dipercayai beroperasi pada waktu malam bagi mengelak mereka dikesan pihak berkuasa.

"Biasanya ikan-ikan kelas A mendiami rumah-rumah ikan (unjam) ini," katanya. Sehubungan itu Hasan berharap pihak berkuasa akan melihat perkara ini dan seterusnya mengambil tindakan tegas ke atas bot-bot pukat tunda kecil terbabit.

Hasan berkata biasanya nelayan-nelayan pantai memperolehi hasil antara RM200 hingga RM300 sehari tetapi kini jauh merosot sejak gangguan bot-bot pukat tunda kecil itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...