Khamis, 4 September 2014

PKR PARTI BERMASALAH KEPADA PAS ?


Selangor tak selesai lagi, timbul pulak PENGKALAN KUBOR…..

Pemimpin PAS perlu membuat pendirian yang tegas dan tidak tunduk kepada desakan PKR bagi menjaga IMEJ PAS yang telah disongsangkan oleh PKR terutama Nuar BRAHIM.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempunyai banyak perkara untuk dilakukan dan tidak akan dinamakan sebagai calon parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.

Menafikan khabar angin bahawa beliau akan dinamakan, Saifuddin berkata: 'Tidak, tidak sama sekali. Saya bukan calon. Saya tidak akan bertanding. Saya mempunyai banyak tugas untuk dilakukan'.

Malah Saifuddin berkata, beliau tidak tahu mengenai khabar angin itu.
Ketika PKR dan PAS bergelut mengenai kerusi Pengkalan Kubor, spekulasi bahawa Saifuddin merupakan calon pilihan partinya untuk bertanding dalam PRK itu tersebar.

Saifuddin, 50, tidak asing lagi di negeri Kelantan kerana beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Machang dari 2008 hingga tahun lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...