Ahad, 28 September 2014

KATA DOH, UMPAMA LEMBU CUCUK HIDUNG !!!


DARIPADA 4 EXCO TINGGAL 3 SAJA, PUN TAK APA LAH…..!!!

3 exco PAS tiada masalah beri sumbangan maksimum

KUALA LUMPUR: PAS Selangor yakin mampu memberikan sumbangan maksimum kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan menteri besar, Mohamed Azmin Ali walaupun bilangan dikurangkan kepada tiga berbanding empat orang sebelum ini. (MARUAH PAS MANA ???)


Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, ini berikutan rekod prestasi exco daripada PAS sebelum ini membuktikan mereka mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, lapor Selangor Kini.

“Dua muka lama dan termasuk seorang muka baru Exco PAS mampu menyumbang semaksimum mungkin dan berkerja bersama menteri besar yang baru dengan efektif.

“YB Iskandar dan Dr Ahmad Yunus khasnya sudah memiliki pengalaman menguruskan isu berkaitan portfolio masing-masing sebelum ini dengan prestasi yang cemerlang,” katanya yang juga Adun Paya Jaras ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.


Semalam, Azmin mengumumkan tiga Adun PAS dilantik sebagai exco iaitu Iskandar Abdul Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...