Isnin, 15 September 2014

Bina sekolah Imtiaz di setiap daerah


Kerajaan negeri komited membina Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di setiap daerah bagi melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang sains dan agama.

Yang Dipertua Dun Terengganu, Zuber Embong berkata, setakat ini lima daerah mempunyai sekolah berkenaan yang terbukti mampu mengeluarkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi mampu menguasai al-Quran.

Bagaimanapun katanya, pembinaan bangunan di daerah lain tidak dapat dibina menyamai saiz bangunan Kompleks Imtiaz Besut, di sini, kerana menelan belanja tinggi.

“Keistimewaan Kompleks Imtiaz Besut yang indah bersaiz besar adalah sebagai penghargaan kerana di Besut lah bermula sekolah cemerlang ini yang diilhamkan Datuk Seri Idris Jusoh pada 1996,” katanya ketika mewakili Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman merasmikan program Himpunan Kesyukuran Imtiaz, di sini, malam kelmarin.

Sumber: KLIK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...