Rabu, 2 Mei 2018

#PRU14: SURAT PRESIDEN PAS KEPADA PENGUNDI PRU14


1SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) telah menetapkan hari mengundi awal pada 5 Mei 2018 dan hari mengundi pada 9 Mei 2018. Mengundi adalah kewajipan bagi rakyat Malaysia yang menjadi salah satu urusan agama dalam Islam. Tanggungjawab memilih pemimpin dapat dilihat melalui Peristiwa Thaqifah Bani Saidah apabila para sahabat meninggalkan majlis pengebumian jasad Rasulullah S.A.W semata-mata menghadiri perhimpunan memilih khalifah.
2. Islam menggariskan dalam Al-Quran tentang SIFAT-SIFAT SEORANG PEMIMPIN iaitu Al-Qawiy (kompetensi) dan Al-Amin (amanah). Namun, masalah utama negara kita berdepan dengan pemimpin rasuah. Perkara ini didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa 71 ORANG PEMIMPIN BARISAN NASIONAL (BN) disiasat oleh SPRM dan 21 ORANG DARIPADA PAKATAN HARAPAN (PH).
3. ALHAMDULILLAH PAS KOSONG, tiada seorang pun disiasat atas salah laku rasuah walaupun PAS memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam keadaan disekat peruntukan oleh Kerajaan Pusat. PAS pernah juga menyertai kerajaan yang dipimpin DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor serta mengetuai Kerajaan Perak. Terbukti betapa bersihnya pemimpin PAS.
4. Inilah tawaran PAS kepada rakyat yang tidak mampu ditunaikan oleh parti politik lain kerana PAS berdasarkan kepada aqidah Islam, TIDAK MEMISAHKAN POLITIK DAN AGAMA, dan percaya kepada Hari Akhirat yang ada perkiraan dosa pahala. Sebenarnya masih banyak perkara yang boleh diberikan peluang kepada PAS untuk menjadi bukti bahawa Islam boleh menyelesaikan masalah yang telah gagal diurus oleh semua ideologi dan teori ciptaan manusia, jika PAS diberi lebih kebebasan berkuasa.
5. Malaysia bukan negara tiada hasil tetapi masalahnya BANYAK KEBOCORAN DAN KETIRISAN sehingga rakyat terpaksa menanggung bebanan seperti kenaikan kos sara hidup, pelaksanaan GST dan pengangguran.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...