Isnin, 8 Mei 2017

Mustafa Ali Dan Iskandar Samad Sepatutnya di Pecat

Veteran Pas, Datuk Mustafa Ali digugurkan dari jawatan Pengarah Pilihan Raya parti itu untuk sesi 2017-2019, manakala Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad digugurkan dari mengetuai Pas Selangor.

Tempat Mustafa digantikan oleh Dr Ahmad Samsuri Mokhtar manakala tempat Iskandar pula Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak, Sallehen Mukhyi. Dr Samsuri merupakan Setiausaha Politik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penganalisis politik melihat pengguguran Mustafa dan Iskandar dalam AJK Pas ini ada kaitan dengan usaha bersungguh-sungguh dua individu ini yang mahu parti Islam itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk berdepan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.


Iskandar Abdul Samad Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor didapati bersekongkol bersama dua lagi Exco PAS iaitu Yunus Khairi dan Zaidy Abdul Talib terus bersama Azmin Ali walaupun Muktamar PAS ke 63 telah memutuskan Tahaluf Siyasi PAS dengan PKR.

Malah didapati Yunus Khairy dan Zaidy Talib turut hadir bersama ADUN Pas lain menyambut kepulangan Azmin Ali dari Timur Tengah pada 5 Mei lalu bertentangan dengan keputusan Muktamar PAS.

Sumber mendedahkan Hadi Awang sedang menyusun semula Pas Selangor dengan meletakkan pemimpin Pas yang dipercayainya. Malah Hadi juga bakal memilih calon PAS lain dan bakal menyingkirkan semua Exco dari Pas yang dilantik Azmin yang didapati berpaling tadah ‘tikam belakang’.

Hadi sedang memberikan mesej kepada pemimpin Pas lain agar terus setia kepada kepimpinan parti.

Azmin Ali dikhabarkan baru-baru ini menyediakan wang RM100 juta untuk membeli pemimpin Pas dan PKR agar terus setia kepadanya sehingga PRU ke 14 nanti.

Sementara itu Mustafa bukan hanya digugurkan dari jawatan pengarah pilihan raya malah tidak dilantik memegang apa-apa jawatan dalam kempimpinan Pas kali ini. Mustafa sebelum ini pernah terlibat dengan kes video skandal seks yang tersebar luas di media sosial.

Membuktikan usaha Hadi mengukuhkan pasukannya Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan yang tewas merebut jawatan naib presiden ketika pemilihan pucuk pimpinan Pas awal bulan lalu dilantik sebagai ketua penerangan parti itu.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria pula dilantik sebagai bendahari parti.

Selain itu Pas turut melantik tujuh Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) parti untuk sesi 2017-2019 dalam mesyuarat pertama AJK parti yang dipilih pada mukmatar ke-63 lalu.


Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...