Selasa, 9 Mei 2017

SINDIKET PINJAMAN WANG HARAM @ AH LONG MEMPERMAIN2KAN PIHAK BERKUASA???

MARANG - Polis dengan kerjasama Majlis Daerah Marang (MDM) dan Pertubuhan Warisan iaitu sebuah badan bukan kerajaan serta penduduk bertindak menurunkan sebanyak 860 iklan pinjaman wang haram atau ah long di sekitar daerah ini.

Operasi yang dilakukan bermula sejak jam 8 pagi sehingga 1 petang itu turut membabitkan sekumpulan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Marang.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, operasi itu difokuskan di kawasan pentadbiran IPD Marang yang meliputi kawasan Bandar Marang, Merchang, Bukit Payong dan Wakaf Tapai.



“Dalam operasi selama empat jam itu, kita dapat mengesan 860 iklan dipamerkan di sekitar kawasan pentadbiran IPD Marang yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Beliau berkata, iklan yang didapati melanggar peruntukan 6(1) Undang-undang Kecil Iklan 1985 kerana mempamerkan iklan tanpa kebenaran bertulis daripada Yang Dipertua MDM itu kemudiannya diturunkan.

Katanya, polis memandang serius kegiatan itu dan sentiasa turun padang dalam usaha pencegahan di mana usaha itu sekali gus dapat mengelakkan masyarakat daripada mendapatkan bantuan pinjaman wang haram atau ah long.

“Sepanjang tahun ini, tiada laporan kes melibatkan pinjaman wang haram dan tangkapan ah long namun kita tak mahu ia berleluasa dalam masyarakat sebagai cara menyelesaikan masalah kewangan mereka,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI dan DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...