Ahad, 22 April 2018

#PRU 14: PILIH CALON TERBAIK UNTUK WARGA DUN RHU RENDANG


MARANG - Agenda utama calon Pas bertanding pada PRU14 adalah untuk MEMBERI PERKHIDMATAN TERBAIK kepada rakyat tidak kira sama ada bertanding di kubu kuat parti itu atau sebaliknya.

Demikian tegas Pengarah Pilihan Raya Pas, PROF DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR yang dinamakan sebagai calon baharu di KERUSI RHU RENDANG bagi meneruskan legasi Pas di kubu kuat parti itu pada PRU14.

Beliau menggantikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kerusi Dun Rhu Rendang yang telah disandang pemimpin utama parti itu selama 36 tahun iaitu selama lapan penggal.

“Pendapat orang ramai bahawa Dun Rhu Rendang adalah kubu kuat Pas tetapi bagi Pas kita melihat seluruh kerusi yang ada di dalam Terengganu dan tempat tempat lain adalah kerusi yang memerlukan setiap calon yang terlibat dalam pilihan raya ini untuk turun dan bertemu dengan rakyat seramai mungkin,” katanya.

Beliau ditemui selepas pengumuman Majlis Pengisytiharan Calon Pas Terengganu PRU14 oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang di Dewan Tok Guru, Rusila, malam kelmarin.


Menurutnya, Pas tidak memandang remeh walaupun kerusi ditandingi dikategorikan kerusi ‘kuat’ atau sebaliknya kerana objektif calon bertanding adalah untuk memberi khidmat kepada rakyat.

Ahmad Samsuri juga Setiausaha Politik Presiden Pas itu yang julung kali bertanding, turut menyifatkan tiada mana-mana calon Pas mampu menandingi kehebatan Abdul Hadi di Marang dan Dun Rhu Rendang.

“Memang kalau hendak dibandingkan dengan penglibatan dan servis yang dibuat Tuan Guru (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), penduduk di Marang dan Dun Rhu Rendang amat menakjubkan.  “Dan mungkin tiada sesiapa pun mampu berbuat sepertimana Tuan Guru (Abdul Hadi).

“Tetapi saya diberikan amanah menggalas tugas berat itu dan saya akan cuba melakukan yang terbaik... Dengan bantuan semua orang, masyarakat di Dun Rhu Rendang,” katanya.

Dalam pada itu, pengumuman calon turut menyaksikan Abdul Hadi kekal mempertahankan kerusi di Parlimen Marang manakala tiga lagi kerusi Dun di Parlimen itu merupakan bekas calon PRU13.

Mereka adalah Ketua Penerangan Pas negeri, Mohd Nor Hamzah juga penyandang di kerusi Dun Bukit Payong dan Pengarah Pilihan Raya Pas negeri, Ariffin Deraman juga penyandang di Dun Alur Limbat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...