Khamis, 17 Ogos 2017

MUSUH2 POLITIK PAS IRI HATI KEHADIRAN PM DAN YDP PAS PERMATANG PAUH

BERHUBUNG kehadiran Tuan Haji Omar bin Hasan, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh di dalam majlis bersama Perdana Menteri yang ditular oleh musuh-musuh politik PAS pada hari ini, menyerlahkan ketidakmatangan mereka di dalam berpolitik.
Kehadiran beliau ke majlis tersebut dijemput secara rasmi oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan beliau sebagai Pengerusi Masjid Jamek Seberang Jaya dipilih untuk mewakili Pengerusi di 28 buah masjid yang lain di dalam Parlimen Permatang Pauh untuk menerima sumbangan berupa komputer riba dan kewangan untuk kegunaan pentadbiran masjid.
Peluang ini juga diambil kesempatan oleh beliau meyuarakan permasaalahan umat islam dan orang Melayu di Pulau Pinang kepada Perdana Menteri.
Kehadiran beliau ke majlis tersebut telahpun dimaklumkan terlebih dahulu kepada AJK PAS Permatang Pauh, dan telah dipersetujui oleh semua AJK Dewan Harian.

Beliau juga sebelum ini pernah hadir di dalam beberapa program kerajaan negeri atas kepasiti beliau sebagai Pengerusi Masjid Jamek Seberang Jaya, dan ini tidak menjadi isu bagi PAS kerana memahami kedudukan beliau sebagai pengerusi masjid yang mewakili anak kariah di Seberang Jaya yang bermacam fahaman politik.
PAS yang mengambil sikap Budaya Politik Matang Dan Sejahtera melihat isu ini sebagai politik terdesak musuh-musuh PAS yang semakin gerun dengan Politik Matang Dan Sejahtera.
PAS Permatang Pauh kekal konsisten untuk menentang segala kerosakan dan kemungkaran yang dilakukan oleh Umno, Barisan Nasional dan juga kerosakan yang dilakukan oleh Kerajaan DAP, Pakatan Harapan pada Pilihan raya Umum ke-14 nanti.
Berpolitiklah secara matang dan bukan budaya politik fitnah yang menjuruskan diri ke lembah kebinasaan.
"Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar." (Al-Quran: Surah Al-Anfal – Ayat 73)
"Sejahtera Bersama Islam"
#PasTawanPermatangPauh
Jamsari Samad
Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh
17 Ogos 2017 | 24 Zulkaedah 1438 –
HARAKAHDAILY 17/8/2017


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...