Selasa, 22 Ogos 2017

AMANAH MASIH BAYI DAN TAK TAHU APA-APA

LAGI TAMPARAN UNTUK AMANAH DARI DAP DAN PKR
Paling menarik dalam espisod pergaduhan antara Elizabeth Wong, atau Wong Keat Ping, iaitu Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR selain daripada Ahli Dewan Undangan Negeri N37 Bukit Lanjan merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, dan Tony Pua, atau Pua Kiam Wee, iaitu Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP merangkap Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP selain daripada Ahli Parlimen P106 Petaling Jaya Utara, mengenai tindakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, membuka pintu rundingan persefahaman politik dengan PAS adalah tanggapan negatif mereka terhadap AMANAH.
Kata-kata Tony Pua bahawa persefahaman politik dengan PAS adalah tidak perlu kerana undi Melayu yang dibekalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan PPBM adalah lebih dari mencukupi untuk menampung kehilangan undi Melayu yang dibekalkan oleh PAS adalah satu tamparan yang hebat terhadap AMANAH.

Bahawa Tony Pua langsung tidak menyebut nama AMANAH, dan hanya menyebut nama Tun Dr Mahathir Mohamad dan PPBM, sebagai pihak yang akan menampung kehilangan undi Melayu yang dibekalkan oleh PAS seolah-olah membenarkan dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan, yang dimaklumkan oleh Prof Dr Mohd Nor Nawawi, bahawa AMANAH hanya mempunyai 1 peratus sokongan sahaja.
Begitu juga dengan kata-kata Elizabeth Wong bahawa pintu rundingan persefahaman politik dengan PAS adalah diperlukan kerana AMANAH masih bayi dan pemimpin-pemimpinnya belum dikenali oleh masyarakat Melayu (AMANAH is still in its infancy and its leaders are relatively unknown to the Malay masses) dan kerana AMANAH memerlukan beberapa tahun untuk memperolehi sokongan daripada pengundi Melayu-Muslim (They will take some years to get the necessary support of the Malay-Muslim voters) yang turut merupakan satu tamparan yang hebat terhadap AMANAH. 
Kata-kata Elizabeth Wong ini adalah satu pernyataan ketidakyakinan PKR terhadap kemampuan AMANAH untuk memperolehi sokongan daripada pengundi Melayu-Muslim sekali gus seolah-olah turut membenarkan dapatan kaji selidik bahawa AMANAH hanya mempunyai 1 peratus sokongan sahaja.
Sekali lagi, simpati saya kepada AMANAH di atas tamparan DAP dan PKR ini.
Dr Kamarul Zaman Yusoff
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...